Akar: Bahagian akarnya diguna untuk sakit ginjal, menguatkan tenaga pria,, sakit perut, sakit kepala, ulser mulut, Buah: Buahnya yang manis boleh dijadikan untuk menggantikan gula bagi penghidap kencing manis atau dicampur dengan air dan di minum bagi meredakan demam, demam malaria, batuk, merawat bengkak, melawaskan kencing dan dijadikan ubat periuk bagi wanita selepas bersalin. Biji: Bijinya berwarna hitam seperti biji selasih dicampurkan dengan seirap dapat menyejukkan badan. Daun: Daunnya yang kering dipintal menjadi tali dan benang Di Semenanjung Malaysia rendaman (infusions) daun, pangkal batang dan akar digunakan secara dalaman untuk merawat demam. Rebusan (Decoctions) bunga dan akar diambil sebagai ubat sakit perut dan diuretik, manakala rebusan rhizome digunakan untuk merawat penyakit haid tidak ketentuan, terlalu banyak atau lama; mungkin disebabkan dari tanda ketumbuhan (menorrhagia) dan digunakan sebagai losyen untuk kesakitan teramat conjunctivitis (ophthalmia). Rhizomenya juga digunakan untuk penyakit mata di India utara-timur. Di kawasan Borneo daun lemba memainkan peranan dalam upacara penyembuhan perkara mistik. Curculigo latifolia, Curculigo capitulata dan Curculigo spp lain-lain juga ditanam sebagai tumbuhan hiasan, seperti di Indonesia, India, Afrika, Eropah dan Amerika Syarikat. info : 081316125314